KONSEP KEJIRANAN

 

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM      (E-FOLIO)



DEPARTMENT OF MECHANICAL ENGINEERING

SUBJEK

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN  ISLAM

 

TAJUK

KONSEP KEJIRANAN

 

NAMA

MUHAMMAD AIMAN BIN AZHAR

 

KELAS

DKM5D

 

NAMA PENSYARAH

USTAZ  KAMAL

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ISI KANDUNGAN

 

BIL

 

TAJUK

1

 

1.0    PENGENALAN

2

 

2.0    DEFINISI

3

 

3.0   OBJEKTIF KAJIAN

4

 

4.0   PERANAN JIRAN DALAM MENGURANGKAN      KADAR JENAYAH

 

4.1 HAK JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA

4.2 JIRAN BUKAN ISLAM

4.3 ADAB BERJIRAN TETANGGA MENURUT IMAM AL GHAZALI

4.4 KEDUDUKAM JIRAN MENURUT KEUTAMAAN

5

 

5.0   LAMPIRAN

6

 

6.0   PENUTUP

7

 

7.0   RUJUKAN

 

 

 

 

 

1.0      PENGENALAN

Semangat hidup berjiran yang kita warisi sejak turun temurun, kini jelas semakin terpinggir. Keadaan tersebut tidak wajar dibiarkan kerana hidup berjiran banyak manfaatnya. Dengan semangat kejiranan, masalah jenayah dapat dikurangkan. Kita tidak dapat menafikan bahawa kejadian pecah rumah kerap berlaku ketika penghuninya tiada di rumah. Jika semangat kejiranan dalam masyarakat kita kuat, masalah sedemikian dapat dielakkan kerana sebagai jiran yang bertanggungjawab, seseorang itu akan prihatin terhadap rumah dan harta benda jirannya ketika ketiadaan mereka. Mereka akan membantu melihat persekitaran rumah tetangga dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sesuatu yang meragukan.

    Untuk memupuk semangat kejiranan, sistem pendidikan memainkan peranan penting iaitu melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Agama, Pengetahuan Moral ataupun melalui penyerapan dalam mata pelajaran lain. Dengan cara ini, amalan hidup berjiran dapat dipupuk di kalangan kanak-kanak. Matlamat pengajaran haruslah menekankan pengamalan budaya tersebut dalam kehidupan sebenar. Bukan hanya setakat mengetahuinya di atas kertas sahaja. Memupuk budaya ini di kalangan kanak-kanak adalah lebih mudah. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

    Langkah meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai juga tidak kurang pentingnya. Mereka harus selalu diingatkan agar mengunjungi antara sesama jiran pada waktu perayaan agar mereka dapat mengenali antara satu sama lain. Begitu juga amalan mengadakan rumah terbuka perlu digalakkan. Sikap pentingkan diri dan berprasangka buruk terhadap jiran seharusnya dihapuskan kerana sifat ini menghalang pembentukan budaya tersebut.Memandangkan amalan hidup berjiran dapat menjamin pewujudan masyarakat penyayang yang amat penting dalam negara majmuk seperti di negara kita, maka kita mestilah sama-sama mengamalkannya.

    Seterusanya, pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti rukun tetangga, kenduri dan gotong-royong perlu dijalankan supaya hubungan antara rakyat berbilang kaum dapat dieratkan. Penduduk kawasan perumahan setempat harus mengambil inisiatif untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan rakyat pelbagai kaum seperti meraikan perayaan - perayaan di Malaysia bersama-sama. Aktiviti hari keluarga dan pesta budaya Malaysia juga dapat meningkatkan semangat kejiranan di antara rakyat Malaysia.

2.0      DEFINISI

Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.

  Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :

 

Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”.

 

3.0      OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini membincangkan tentang hubungan kejiranan dalam masyarakat sebagaimana yang dituntut dalam agama Islam. Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengenal pasti konsep kejiranan itu sendiri yang meliputi hikmah, tanggungjawab dan hak-hak serta permasalahan yang dihadapi dalam mewujudkan hubungan kejiranan dalam kehidupan masyarakat. Kaedah yang digunakan ialah melalui penyelidikan perpustakaan dengan mengumpulkan bahan-bahan dan maklurnat yang berkaitan daripada buku-buku dan lain-lain penerbitan. Di samping itu kaedah kajian juga dilakukan melalui hasil pemerhatian secara rambang dalam beberapa perkara yang berkaitan. Di antara objektif kajian ialah untuk memberi kefahaman kepada semua masyarakat khususnya masyarakat Islam tentang sejauhmana tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh mereka dalam hidup berjiran serta mengetahui prinsip-prinsip pergaulan sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam agar perpaduan dan permuafakatan di kalangan masyarakat dapat diwujudkan. Ini memandangkan masyarakat hari ini semakin hari semakin mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang jiran. Hasil kajian yang dibuat menunjukkan bahawa semangat kejiranan itu penting sebagai salah satu cara untuk mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat seterusnya melahirkan sebuah negara yang aman dan makmur.

 

4.0      PERANAN JIRAN DALAM MENGURANGKAN KADAR JENAYAH.

Semangat hidup berjiran yang kita warisi sejak turun temurun, kini jelas semakin terpinggir. Keadaan tersebut tidak wajar dibiarkan kerana hidup berjiran banyak manfaatnya. Dengan semangat berjiranan, masalah jenayah dapat dikurangkan, kita tidak dapat menafikan bahawa kejadian pecah rumah kerap berlaku ketika pnghuninya tiada di rumah, jika semangat kejiranan dalam masyarakat kita kuat, masalah sedimikian dapat dielakkan kerana sebagai jiran yang bertanggungjwab, seseorang itu akan prihatin terhadap rumah dan harta benda jirannya ketika ketiadaan mereka. Mereka akan membantu melihat persekitaran rumah tetangga dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sesuatu yang meragukan.

Untuk memupuk semangat kejiranan, system pendidikan memainkan peranan penting iaitu mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Islam, Pengetahuan Moral ataupun melalui penyerapan dalam mata pelajaran lain. Dengan cara ini, amalan hidup berjiran dapat dipupuk di kalangan kanak-kanak. Matlamat pengajaran haruslah menekankan pengamalan budaya ini di kalangan kanak-kanak adalah lebih mudah. Bak kata pepatah, “meluntur buluh biarlah dari rebunganya”.

Langkah meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai juga tidak kurang pentingnya, mereka harus selalu diingtkan agar mengunjungi antara sesame jiranpada waktu perayaan agar mereka dapat mengenali antara satu sama lain. Begitu juga amalan mengadakan rumah terbuka perlu digalakkan. Sikap individualistik dan berprasangka buruk terhadap jiran seharusnya dihapuskan kerana sifat ini menghalang pembentukan budaya terseut.

Memandangkan amalan hidup berjiran dapat menjamin pewujudan masyarakat penyayang yang amat penting dalam negara majmuk seperti di negara kita, maka kita mestilah sama-sama mengamalkannya.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasa Rasulullah S.A.W telah bersabda maksudnya :” Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yanga beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia memualiakn jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hri Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

4.1      HAK JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA

Rasulullah s.a.w. selalu dipesan oleh malaikat Jibril supaya berbuat baik kepada jiran. Dalam sebuah hadis sahih; diriwayatkan daripada Aisyah r.a. Baginda Mulia telah bersabda: “Jibril sentiasa berpesan kepadaku tentang jiran, sehingga aku menyangka Jibril akan menjadikan jiran itu sebagai waris (kepada jirannya).” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Tirmizi).

    Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak sempurna iman, jika kamu tidur dalam kekenyangan sedang jiran tetangga mu menangis kerana kelaparan.

Kes sosial yang pertama dibicarakan di mahkamah Allah Subhanahuwata’ala di hari kiamat ialah tentang jiran, samada kita mendakwa jiran atau jiran yang akan mendakwa kita. Misalnya jiran kita uzur, miskin dan kita tidak pernah menolongnya. Dalam kes sepetti ini, jiranlah yang akan mendakwa kita di akhirat nanti.

    At-Tabrani meriwayatkan daripada Jabir r.a. daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda; “Jiran itu 3 golongan iaitu, jiran dengan 1 hak, iaitu jiran yang musyrik. Dia hanya ada hak kejiranan. Kedua, jiran dengan 2 hak iaitu jiran yang beragama Islam. Dia ada hak kejiranan dan ada hak Islam dan yang ketiga jiran dengan 3 hak iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Dia ada hak kejiranan, ada hak Islam dan ada hak hubungan kekeluargaan.”

    Satu ketika Rasulullah SAW berkumpul bersama dengan para sahabat. Kemudian salah seorang sahabat berkata bahawa dia memiliki seorang jiran wanita yang sering berpuasa disiang hari dan di malam harinya bersembahyang tahajjud. Tetapi Rasulullah mengatakan bahawa wanita itu adalah ahli Neraka. Sahabat bertanya, mengapa demikian. Jawab Baginda Rasulullah SAW, “Wanita itu selalu menyakiti jiran tetangga dengan lidahnya, tidak ada kebaikan lagi baginya dan dia adalah ahli Neraka.

4.2      JIRAN BUKAN ISLAM

Menjaga perhubungan sosial dengan jiran tetangga adalah sesuatu yang amat dititik berat oleh Islam sebagaimana menjaga perhubungan persaudaraan.Jiran terdiri daripada tiga yang pertama jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran seorang Muslim yang ada hubungan kekeluargaan. Jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran seorang Muslim. Baginya hak sebagai orang Islam dan hak kejiranan. Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran seorang musyrik (hanya mempunyai hak kejiranan).

Hak kejiranan adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang mendatangkan sakit hati jiran dan melakukan kebajikan kepada mereka. Antaranya menziarahi ketika sakit, mengucap tahniah dan takziah sesuatu perkara yang berlaku terhadap mereka, memaafkan kesilapan, tidak mengintai-intai ke dalam rumah, tidak mencuri dengar perbualan dan menutup rahsia dan keaiban mereka. merendahkan pandangan terhadap ahli keluarga mereka dan mengambil berat terhadap keperluan ahli keluarga mereka jika ketiadaan ketua keluarga di rumah.

Justeru, hak kejiranan orang Islam dan bukan Islam adalah sama seperti bersopan santun, bertatasusila dan bantu-membantu serta bekerjasama kecuali dalam perkara yang bercanggah dengan akidah. syariat dan akhlak sebagai muslim. Contohnya, orang Islam tidak boleh menerima jemputan majlis tari-menari atau majlis berunsur keagamaan jiran bukan Islam.

4.3      ADAB BERJIRAN TETANGGA MENURUT IMAN AL-GHAZALI

Kepentingan adab berjiran amat penting dan dititik beratkan di dalam agama Islam. Adab semasa pergaulan sesama jiran bermaksud segala sikap, percakapan di dalam perbualan, senyuman, budi, pekerti, perangai, tingkahlaku dan tabiat mestilah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan ianya mestilah bersendikan Al-Quran dan Al-Sunnah. Islam telah menggariskan beberapa adab yang perlu dipatuhi di dalam kehidupan berjiran. Antara yang paling ditekankan ialah ketika berbicara sesama jiran. Hal ini kerana, setiap apa yang dibicarakan oleh seseorang, ia menggambarkan apa yang ada didalam kotak fikirannya serta perangainya. Bagi setiap muslim, semasa bersosial perlu mengelak membicarakan sesuatu yang tidak berfaedah.

Imam Al-Ghazali juga telah turut menyenaraikan hak-hak seseorang muslim terhadap jirannya untuk kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran yang berguna sebagai panduan bersama ketika berinteraksi dengan jiran tetangga iaitu:

                               i.            Hendaklah mendahulukan ucapan salam kepadanya setiap kali bertemu

                             ii.            Jangan terlalu banyak bertanya kepadanya tentang keadaannya sehari-hari

                          iii.            Menziarahi dirinya atau kaum keluarganya apabila sakit ataupun ditimpa musibah

                          iv.            Menyatakan perasaan gembira apabila mereka memperoleh kesenangan atau kurniaan Allah SWT

                             v.            Ampunilah segala kesalahan-kesalahan atau keburukkannya, baik dengan apa-apa cara sekalipun

                          vi.            Jangan mengintai-ngintai apa yang dibawa olehnya ke dalam rumahnya

 

4.4      Kedudukan Jiran Menurut keutamaan

Dapat disimpulkan dari ayat surah An-Nisa dan pelbagai hadith mengenai keutamaan jiran bahawa jiran itu memiliki kedudukan berbeza mengikut keadaannya antara satu sama lain seperti yang turut disebut oleh Al-Hafidz Imam Ibn Hajar ra

(lihat dalam Fathul Bari m/s 441 Jilid 10).

 

Berikut ialah susunan kedudukan jiran yang utama dan yang diatur menurut kedudukan yang lebih berhak diberi keutamaan berbanding yang selepasnya :

 

1) Jiran yang muslim yang paling dekat dengan pintu rumah

 

Berdasarkan hadith yang banyak menyebut perihal darjat jiran yang antaranya daripada riwayat Aisyah radiallahuanha yang berkata : “Wahai rasulullah, sesungguhnya aku ini memiliki dua jiran dan kepada yang mana satukah hendak aku berikan hadiah ? Maka baginda bersabda : “ Kepada yang lebih dekat dengan pintu rumah kamu”

(hadith sahih riwayat Bukhari no. 2140)

 

2) Jiran muslim yang memiliki hubungan kekeluargaan

Allah berfirman :

وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى

“..jiran tetangga yang berhubungan dekat” (An-Nisa: 36).

 

Baginda rasulullah salallahualaihiwasalam juga bersabda : “Sedekah ke atas orang yang miskin itu pahalanya sedekah tetapi sedekah ke atas kaum kerabat baginya dua iaitu pahala sedekah dan dapat mengeratkan hubungan” .

 

(hadith sahih riwayat Nasaie no. 2582 dan Tirmidzi no. 658, Ibn Majah no. 1844 dan Ahmad 16276 serta Darimi dan Baihaqi juga Hakim dengan Isnad yang sahih, disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban dan dihasankan oleh Tirmidzi).

 

3) Jiran muslim yang berilmu dan alim serta memiliki fadhilat

 

Allah berfirman :

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنْكُم وَالَّذِينَ أُوتُوْا العِلْمَ دَرَجَاتِ

“ Dan Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan yang memiliki ilmu beberapa darjat dan Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (Al-Mujadalah :11).

 

Juga dari riwayat yang dibawa oleh Imam Khatib Al-Baghdadi yang menyebut bahawa telah berkata Muhammad Al-Basri “ Diluaskan majlis (dberi penghormatan dalam majlis) kepada penghafaz Al-quran, ulama’ dan golongan tua dalam agama.”

 

(Lihat Khatib Al-Baghdadi dalam Jami’ Akhlaq Rawi wa Adab Sima’,m/s 393).

 

4) Jiran muslim yang soleh dan beribadah

 

Allah swt berfirman :

أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا لاَ يَسْتَوُونَ

“ Apakah keadaan orang yang beriman itu sama halnya seperti orang yang fasiq ? Sungguh mereka tidak sama” (As-Sajadah : 18).

5.0      LAMPIRAN

Keratan akhbar :

 







6.0      PENUTUP

 Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam aman damai. Bagi mempastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal ianya perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka. Sekiranya ini diabaikan maka lambat-laun ia akan mencetuskan bibit-bibit permusuhan dan perkauman yang akhirnya merebak kepada huru-hara, perpecahan dan perbalahan.

Kesimpulannya ialah, ajaran Islam menuntut kita bercampur gaul dan bermesra dengan masyarakat. Salah satu kumpulan manusia yang memainkan peranan besar meningkatkan kebahagiaan keluarga ialah jiran. Jiran yang tinggal dalam lingkungan rumah kita adalah orang yang paling hampir dan yang paling layak untuk memberi bantuan dan pertolongan. Berdasarkan besar peranan jiran ini, maka suka penulis cadangkan agar kita kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam menjaga silaturarahim dan adab-adab terhadap jiran tetangga. Dalam hal ini Islam memberi penghargaan yang tinggi kepada jiran.

 

 

7.0      RUJUKAN

Buku

- Komunikasi dan penyiaran islam

Sumber internet

http://efoliokki.blogspot.com/

http://konsepkejiranan97.blogspot.com/2017/07/konsep-kejiranan.html

https://www.sinarharian.com.my/article/28000/EDISI/Melaka-NS/Iftar-beramai-ramai-serlah-semangat-kejiranan

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/12/402870/bergaduh-dengan-jiran-sampai-ditikam

Comments